Aidiladha Yang Dinanti
Published by SmartMove on Ahad, 2008 Disember 07 di 21:00
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
Assalamualaikum, saya rasa sungguh seronok pagi ini bila semua yang dimasak sudah selesai dan tugas sekarang hanya menanti tetamu. Sessi masak-memasak dimulakan seawal 5.45 pagi dengan dibantu oleh isteri, pembantu, anak-anak saudara dan juga adik ipar saya. Walaupun terdapat gangguan pada pagi tadi dengan masalah elektrik, kami berjaya menyiapkan semua kerja memasak pada jam 8.00 pagi.
Oh, sebelum terlupa saya ingin menunjukkan kek coklat yang dibakar oleh adik ipar saya. Dengan menggunakan peralatan yang minima akhirnya kek coklat yang dinanti ramai siap pada jam 830 malam semalam. Rasanya yang lembut dengan coklat cair yang sememangnya enak dimakan. Inilah rupanya..



Ini pula Nasi Goreng Lombok yang pembantu rumah saya buatkan.
Nasi Minyak Sedingin Salju yang siap pagi tadi...
Ini pula Gulai Ayam Lemak Cinta
Laksa "Terengganung" .. resepi isteri saya
Senarai resepi ini akan diterbitkan kelak untuk kegunaan pembaca...


















