Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009



Dalam pejam celik mata, hari ini merupakan hari pertama dalam lipatan tahun 2009. Terasa sekejap sahaja tanpa disedari.

Kalau beberapa tahun yang lalu, detik 12 malam tahun baru merupakan peristiwa-peristiwa yang tidak akan dilupakan di dalam diari hidup. Saya masih ingat waktu itu, saya berkhidmat di sebuah syarikat gergasi.. saya diarahkan dan oleh bos-bos di sana untuk mengadakan malam sambutan tahun baru.

Pada mulanya agak keberatan namun saya menyahut cabaran dengan begitu positif tambahan mendapat sokongan dan bantuan dari isteri tercinta. Dengan konsep 'Pot Luck' dan BBQ, saya mengubahsuai sedikit suasana dengan mengadakan permainan dan acara pertandingan karaoke dengan corak yang cukup menghiburkan.

Waktu itu, dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa bersukaria dan bersuaikenal antara satu sama lain. Masing-masing berbicara tanpa melibatkan perkara yang dipanggil KERJA.

Bila tiba waktu COUNTDOWN, sayalah orang yang bertanggungjawab untuk mengira.. seronok malahan isteri saya bila saya membuka kembali sejarah ini dia akan mengingatinya. Dan kami berdua sememangnya merindukan suasana tersebut.
Mulai saat itu juga, sewaktu kami berada di sana saya menjadi top choice untuk melaksanakan acara-acara sebegitu..

Tapi, lain pula dengan 2-3 tahun kebelakangan ini. Tiada sambutan dilakukan. Dan saya hampir-hampir terlupa dengan tahun baru ini. Melainkan menerima sms tahun baru seawal jam 11 malam dari rakan seperjuangan yang telah lama tidak ketemu.

Dan apa yang saya katakan, semoga tahun 2009 menjadi lebih bermakna untuk saya dan anak-anak. Doa-doa ini telah dipanjatkan sewaktu Awal Muharam yang lepas. Semoga tiada lagi orang yang menzalimi dan mempunyai hasad dengki dengan kami. Semoga seluruh orang Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga tiada sengketa di seluruh dunia dan sama-sama kita menikmati kehidupan semasa hayat dikandung badan.

P/S - Kepada isteri tercinta, semoga kasih sayang semakin erat dan tidak tergugat selamanya.

P/S - Kepada anak-anak tersayang, kasih papa pada kamu tidak akan berubah. Selagi hayat, selagi berkudrat papa cuba memberikan apa yang terbaik untuk kamu semua.

P/S - Kepada rakan pembaca, hargailah apa yang kamu ada sebelum kamu kehilangan segala-galanya.


Selamat tahun baru 2009!


Selamat Tinggal 2008
Generated Image

0 ulasan: