Deli Country Megamall Kuantan
Published by SmartMove on Jumaat, 2008 Disember 26 di 08:08
Sekali sekala bawa keluarga keluar, saya singgah di Deli Country. Waktu tu baru jam 1.30 tengahari, anak-anak dah merengek lapar.
Keluar awal pagi, tak sempat nak bersarapan sebab berkejar nak beli barang keperluan anak-anak untuk sekolah nanti.
Saya order untuk keperluan mereka. Saya dan isteri memang jenis makan lambat.. jadi dahulukan anak-anak baru kami.
Makanan yang ada di sana agak simple tetapi harganya ... emmmm MEMUKAU mata juga la.. sekali sekala saya tak kisah.. tapi kalau HARI-HARI... Saya naik marah!.. (gurau je)


















