Ya Allah, Selamatkanlah Rakyat Palestin
Published by SmartMove on Isnin, 2009 Januari 12 di 19:38


Assalamualaikum,
Agak lama saya berehat dan tidak membuat posting kepada blog ini. Maklumlah, musim bercuti sudah tamat dan saya tidak lagi dapat memasak kerana sibuk dengan tugasan. Pada minggu yang lalu, saya telah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Sewaktu ke sebuah kedai, (saya lupa pula lokasinya di mana)tertera label tidak menjual Coca-Cola@COKE.
Apabila memandang banner tersebut, saya mula teringat kata-kata Ustaz saya di kolej dahulu.. kalau kita tidak mampu untuk keluar mengangkat senjata atau berperang; maka selemah-lemah iman kita adalah membenci di dalam hati terhadap kekejaman, kekufuran yang dilakukan.
Amat sedih apabila kita melihat saudara se Islam dibedil tanpa mengira masa, tanpa mengira anak kecil, kanak-kanak, kaum ibu, orang tua yang tidak berdaya menyelamatkan diri mereka. Tubuh kecil yang terkulai tanpa nyawa membuatkan saya insaf kerana keadaan di negara kita amat jauh berbeza.
Saya mengutuk segala serangan yang dilancarkan dan menanam azam untuk mengelakkan membeli produk keluaran YAHUDI ini.(klik bold word utk senarai). Memang impak tidak membeli produk ini tidak besar dan ada yang berpendapat ekonomi dalaman negara akan terjejas. Tetapi bagi saya inilah satu tindakan yang paling lemah mampu dilakukan berbanding ingin ke sana untuk membantu.
Semoga kita mensyukuri nikmat Allah ..


















