Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove



Ini adalah cerita lapuk yang sebenarnya.. kerana masalah masa, maka saya tidak dapat membuat posting. Baru-baru ini, saya ke Kuala Terengganu kerana urusan kerja. Kebetulan saya menginap di kawasan yang berhampiran dengan kampung yang terlibat dengan pilihanraya kecil.

Pada pagi itu, dalam perjalanan untuk ke warung saya sempat mengambil gambar yang menunjukkan giant poster wajah calon BN, Datuk Wan Farid. Kata rakan saya, tak payahlah ambil gambar kerana dalam perjalanan ini banyak lagi yang boleh diambil. Saya tersenyum..

Dipendekkan cerita, kebetulan di warung itu ada beberapa orang kenalan kepada rakan saya yang salah seorang dari mereka bekerja sebagai anggota polis. Menurut beliau, kekuatan BN kali ini untuk berhadapan dengan PAS adalah 40:60..

Ramai di warung itu bercakap berdasarkan pelbagai perkara termasuklah berkenaan Datuk Wan Farid yang ditulis oleh Tun Mahathir di dalam laman blognya. Suka saya memetik tulisan beliau:

Dr. Mahathir Mohamad
on January 8, 2009 1:20 PM | Permalink | Comments (232) | TrackBacks (0)
1. Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini sepatutnya tidak dianggap penting.

2. Samada Barisan Nasional menang atau kalah Kerajaan Terengganu tak akan berubah.

3. Saya ditanya oleh pemberita akan pendapat saya.

4. Sebagai orang yang tidak berparti saya tidak terikat dengan sesiapa.

5. Pada pandangan saya PAS atau UMNO pada waktu ini sama sahaja.

6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.

7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.

8. Ternak tak apa.

9. Sentuh pun tak apa.

10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.

11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa.

18. UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

19. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.

20. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.

21. PAS pun bukan pilihan yang baik, UMNO pun bukan pilihan yang baik.

22. Telan mati Mak, luah mati Pak.

23. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya.

===========================================================================================================
Itu adalah petikan daripada blog chedet.. Oleh kerana saya bukan orang Terengganu, dan saya tidak mahu memberikan komen.. saudara pembaca sendiri lah yang memberikan komen. Kerana kebetulan berdasarkan saya mendengar apa yang dibicarakan ada juga yang selaras dengan komen chedet. Lagi satu.. khabarnya ada 2 pihak di dalam UMNO negeri terengganu.. entahkan betul entahkan tidak.. saya cuma berharap agar negara ini akan terus kekal aman.. jauhkan lah dari pada diperintah oleh orang-orang yang zalim, hanya pentingkan kekayaan sendiri.. TEPUK DADA TANYA IMAN..

2 ulasan:

  1. Mr. Right berkata...

    Tahniah kepada petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menewaskan jentera ala tentera Barisan Nasional.

    PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?

    Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN
     

  2. SmartMove berkata...

    Nak kata apa.. dah memang org muda kita memang taknak pada BN.. dan khabarnya pula, mmg ada konspirasi dalaman.. entahlah allahu a'lam