Ayam Merah Serai
Published by SmartMove on Sabtu, 2008 Disember 06 di 22:17
Ini resepi kedua saya dalam tempoh sehari.. kebetulan bahan-bahan yang ada agak banyak jadi saya lebih kepada serai dan daun ketumbar. Ini antara bahan favourite saya untuk memasak. Cuma bezanya para pembaca sekalian, saya tidak pandai nak menghias masakan saya.
Bahan-bahan & cara-caranya
A. Untuk Ditumis
-Bawang besar dihiris halus
-Bawang putih dihiris halus
-Serai dihiris halus
-Daun ketumbar dihiris halus
-Garam & Gula Secukup Rasa
-Sos Tomato
Tumiskan bahan tadi sehingga naik bau, kemudian masukkan sos tomato secukup rasa. Selepas itu masukkan ayam dan tunggu sehingga empuk.
-Adalah lebih baik kalau ayam itu digoreng terlebih separa masak dahulu (hanya dengan disadur garam untuk mengelakkan ayam terlekat) untuk menyedapkan rasa dan ayam cepat masak.
Selamat mencuba.. 


















