Resepi Kek Coklat Pendatang
Published by SmartMove on Khamis, 2008 Disember 11 di 04:17
Seperti yang dijanjikan, saya ingin membuat posting berkenaan resepi pada aidiladha yang lalu. Berikut adalah cara-caranya...
Bahan-bahan & Cara-caranya
A)Untuk Membuat Kek
-Tepung naik sendiri 4 cawan
-Serbuk Koko 2 cawan
-Serbuk Nescafe 1 sudu kecil
-Butter 1 buku
-Gula 3 cawan
-Sodium Bikarbonat 1 sudu kecil
Campurkan bahan ini sehingga sebati... Bakar dalam suhu 180 Celcius selama 45 minit.
B)Untuk Topping Coklat
-Coklat masakan 1 papan
-Susu segar 3 sudu besar
-Gula Aising 4 sudu besar
-Butter (sedikit utk secukup rasa)
Bagi topping ini, hendaklah dicampur sekali dengan teknik DOUBLE BOILER..
Setelah kek siap dibakar, sejukkan kek dan ambil topping serta ratakan pada bahagian kek.. Selamat mencuba.


















