Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Gangguan Bekalan Air di Beserah

Hari dah hari kedua dengar khabarnya di seluruh Beserah mengalami gangguan bekalan air. Yang lebih menyedihkan, hari aidiladha disambut dengan masalah gangguan bekalan air. Bayangkan bagaimana mereka ingin menyediakan makanan, mencuci pinggan mangkuk dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerja harian.

Dalam keadaan serba tidak seronok mereka pada hari aidiladha, Alhamdulillah terdapat juga penyelesaiannya. Rupa-rupanya di dalam kawasan Beserah itu terdapat juga kawasan Hutan Rekreasi Beserah. Disitu juga kelihatan kawasan tadahan air dari sumber air bukit. Ringkasnya kawasan rekreasi yang agak ke dalam dan mampu menyelesaikan masalah bekalan air kepada mereka yang memerlukan di sekitar Beserah.

Kebetulan saya dan keluarga melalui kawasan itu, maka singgah seketika untuk melihat dan meninjau kawasan tersebut. Agaknya, dah keletihan menanti bekalan air mereka saya melihat suasana itu menjadi lebih kepada suasana santai dan berekreasi..

Cuma bezanya kawasan rezab Jabatan Perhutanan Pahang itu, hendaklah ditambah baik untuk menambah serinya. Disamping itu, mungkin satu cadangan untuk mewujudkan kawasan simpanan air bersih bagi sekiranya berlaku keputusan bekalan air. Saya rasakan itu juga mampu memanfaatkan sesiapa sahaja di kawasan itu yang memerlukan.

Jadi ini antara snapshot saya untuk tatapan semua..


Kawasan mandi manda pengunjung... ya Allah airnya sungguh dingin


Ini antara pondok untuk pengunjung yang berkunjung ke tempat ini.


Antara pengunjung yang menikmati kedinginan air di sini..


Papan Tanda untuk ke Gua Beserah.. Di sini adalah permulaan ke sana..

Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat melakukan sesuatu bagi mereka yang tinggal di sekitar Beserah.

Generated Image

0 ulasan: