Ayam Goreng Origano Curry
Published by SmartMove on Sabtu, 2008 Disember 06 di 21:57
Assalamualaikum, bertemu kembali.. saya tersedar yang saya tersilap sebenarnya..saya sangka hari ini adalah hari aidiladha..rupanya esok. Takpelah.. bangun pagi mencuba Driller yang baru dibeli semalam.. namun hampa kerana barang yang dibeli memang tidak berkualiti..harga jangan cerita la.. takpela simpan dulu sehingga jumpa dengan pakar yang mampu menilai.
Oklah, hari ini isteri saya dah keluar untuk berjumpa dengan adiknya di rumah "Auntie White" (jangan marah ye). Jadi, memandangkan mereka nak berkampung di teratak buruk saya malam ni, tengahari ni saya mencipta resipi baru tengahari iaitu Ayam Goreng Origano Curry.
Bahan-bahan & Cara-caranya
A.Untuk Dijadikan Rempah Ratus Ayam
-Serbuk Kari Ayam
-Garam
-Serbuk Lada Putih
-Lada Hitam ditumbuk
-Serbuk Origano
Salutkan ayam yang dipotong dengan rempah ratus, kemudian campurkan sedikit air untuk menjadikan rempah sekata pada ayam. Dah sedia untuk digoreng.. hasilnya seperti ini >>>>
Apabila dimakan ia akan lebih terasa berempah dan sedap dimakan bila panas.


















