Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Dato' Dr Zambry MB baru Perak?



Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, diumumkan Menteri Besar Perak ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan mengangkat sumpah esok (Jumaat) manakala barisan Exco pada Selasa.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco dianggap kosong sekiranya enggan meletak jawatan.

Jangan jadikan mahkamah pentas bangsawan

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu para pengamal undang-undang mempertahankan kesucian mahkamah setiap masa bagi mengelak daripada dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baginda bertitah, mahkamah tidak sepatutnya dijadikan pentas bangsawan.

''Mahkamah jangan sama sekali dibenarkan hingga sampai ke peringkat dianggap oleh masyarakat sebagai satu persembahan bangsawan yang skripnya telah ditulis oleh pengarah tertentu,'' titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2008 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.

Raja Nazrin bertitah, mahkamah juga harus dikawal daripada dijadikan gelanggang oleh segelintir pihak untuk mencari pengaruh politik.

Baginda juga mahu melihat badan guaman di negara ini dikawal daripada dinodai oleh perbuatan dan perlakuan yang boleh mencemar kemurnian serta imej profesion itu.

"Prinsip asas berkerajaan dan bernegara yang terkandung di dalam Perlembagaan wajib dijadikan pegangan demi menjamin berlakunya keadilan dan memastikan rakyat terus yakin terhadap sistem perundangan,'' ujarnya.

Titah Raja Nazrin lagi, sistem perundangan yang adil dan diyakini oleh rakyat adalah prasyarat untuk memastikan keamanan negara tidak tergugat.

Baginda bertitah, sistem perundangan yang saksama adalah instrumen untuk menjauhkan rakyat daripada mencari alternatif lain yang memudaratkan hingga boleh membawa negara menuju kepada satu anarki.

''Prinsip kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan secara telus lagi meyakinkan merupakan komponen penting untuk mempertingkatkan keyakinan dunia luar terutamanya para pelabur terhadap negara ini,'' titah baginda.

0 ulasan: