Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Ikan Siakap Suami Gundah






Untuk Link Slideshow klik disini

Resepi kali ini amatlah menyukarkan. Ini disebabkan pertama kali saya mencuba teknik kukusan atau STIM... Jadi, saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari pembaca mengenai resepi terbaru saya...
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Ikan Siakap Suami Gundah? Ini kerana masakan pertama kali yang saya buat dengan teknik stim atau kukus. Tetapi ada lagi peristiwa yang berlaku, kerana saya risaukan sos perap saya tidak menjadi. Namun, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ikutilah resepi ini untuk dijadikan santapan seisi keluarga..

Bahan-bahan & Cara-caranya


(ikan siakap diperap dengan asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir selama sejam)

(bahan-bahan untuk dikukus bersama ikan siakap)

A. Bahan untuk dikukus
-1 ekor ikan siakap (ikut keperluan saiz yang diperlukan)
-2 kuntum bunga kantan (merah jambu)
-8 ulas bawang putih
-5 biji bawang kecil (merah)
-Daun Ketumbar (sebanyak yang diperlukan)
-5 biji limau kasturi
-1 sudu kicap manis
-1 sudu sos tiram
-Sedikit halia
-Secubit garam (untuk perasa)
-Nenas dipotong dadu








Semua bahan ini dihiris halus selain nenas, kemudian taburkan kicap manis dan sos tiram di bahagian tengah, secubit garam ditabur berdekatan sos tiram tadi. Kemudian kukuskan ikan tersebut dan ditutup dengan kerajang aluminium.

B. Sos Perap Tambahan


-Kiub tomyam (2 biji atau gunakan paste tomyam)
-2 sudu besar gula
-3 biji bawang kecil (hiris)
-2 ulas bawang putih (hiris)
-3 sudu Minyak Jagung
-2 batang serai (hiris)



Tumiskan bahan-bahan ini dengan menggunakan minyak jagung. Pastikan bawang kecil,bawang putih dan serai naik bau dulu barulah ditambah dengan bahan selebihnya. Masukkan sedikit air utk memberikan kecairan. Jangan terlebih kiub tomyam kerana ia akan memberikan lebih rasa masin.


Inilah rupa ikan siakap yang telah siap dimasak.


Setelah siap ikan dikukus, curahkan sos perap tambahan tadi sekiranya perlu. Terima kasih dan selamat mencuba!


Beginilah rupa Ikan Siakap Suami Gundah yang telah habis dimakan seisi keluarga.. Isteri saya tak putus-putus memuji dan anak-anak pula tak puas makan kerana ikan terlalu sedap kata mereka.. Anda cuba, anda sahaja yang tahu! (p/s dapat upahla malam ni!)

Generated Image

0 ulasan: