Kehilangan Ahli Keluarga.. Al-fatihah
Published by SmartMove on Jumaat, 2009 Januari 23 di 04:46
Baru-baru ini, saya menerima berita kematian saudara saya. Sungguh tidak disangka, kerana beliau tidak mengalami sebarang sakit. Dan saya sedikit terkilan kerana agak lama saya tidak bertemu dengan allahyarham sehinggalah dikhabarkan dengan berita kematiannya..
Kematian merupakan perkara yang menyedihkan bagi seluruh ahli keluarga. Namun, selaku manusia yang hidup berpegang kepada agama insyaallah, kehilangan seseorang di dalam keluarga pasti dapat ditangani dengan penuh rasional. Namun jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang saleh. Insyaallah..


















