Cuti Oh Cuti
Published by SmartMove on Jumaat, 2008 Disember 26 di 07:32
Dah lama rasanya tak buat posting ke blog ini. Kalau diikutkan, memang hari-hari nak buat update tapi masalah masa yang tak mengizinkan. Hari ini saya ambil kesempatan ini untuk membuat update bagi hari-hari yang dah berlalu.
Pada 12 Disember, saya berkesempatan untuk berjumpa teman sekerja (satu ketika dahulu). Perjalanan kawan saya dari Seremban ke Kuantan semata-mata untuk bercuti dan urusan perniagaan kami merupakan salah satu cara untuk bersua. Jadi saya mencadangkan beliau untuk menginap di De Rhu Beach Resort.
Berdasarkan pengalaman saya menguruskan hari keluarga dan juga percutian sendiri, ianya amat berbaloi dengan kos yang minima dan persekitaran yang agak teratur.
Saya mengambil beberapa snapshot simple untuk tatapan. Maaflah, saya tidak dapat mengambil keseluruhan kawasan kerana tujuan saya yang singkat dan perbincangan urusniaga di sana. 
Selamat bercuti..


















