Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Nasi Ayam Suami Istimewa






Resepi ini dibuat oleh saya tatkala sedang bercuti. Dah lama tidak memasak untuk isteri dan anak-anak, jadi cuti ini dimanfaatkan oleh diri sendiri untuk keluarga. Untuk melihat Slideshow klik di link ini.

Bahan-bahan & Cara-caranya
A)Untuk direbus
a) Seekor ayam
b) Campuran bawang putih + bawang merah + bawang besar yang dikisar
-Seekor ayam yang dipotong 12 dan dibasuh sehingga cuci
-Sadurkan ayam dengan campuran bawang-bawang yang dikisar
-Rebus ayam tadi yang sudah disadue bawang kisar kemudian direbus
-Rebus ayam sehingga empuk
-Ayam yang empuk ditoskan dan air rebusan disimpan

B)Untuk Memerap Ayam


a) Ayam yang empuk (yang telah direbus)
b) Kicap Manis
c) Sos Tiram
-Ayam tadi diperap lebih sejam dalam campuran kicap manis dan sos tiram
-Kicap dan sos tiram digunakan mengikut rasa (ada yang suka terlalu hitam maka tambah kicap manis lebih)
-Sedia untuk digoreng


C)Untuk Membuat Sup Ayam
a) Air rebusan ayam
b) Garam
c) Stok ayam Maggi (yang berbiji atau kiub)
d) Daun Bawang
e) Daun Sup
f) Daun Ketumbar (sekiranya ingin bau yang lebih)
g) Sup Bunjut - 2 bunjut
-Air tadi ditambah garam secukup rasa
-Masukkan stok ayam 2 sudu (atau secukup rasa)
-Masukkan sup bunjut
-Hiris halus daun bawang, daun sup dan daun ketumbar
-Untuk menyedapkan lagi tinggalkan kaki ayam, dan sedikit bahagian ayam yang kecil (sewaktu mengetoskan ayam)
-Masukkan daun bawang, daun sup dan daun ketumbar selepas air tadi mendidih
-Sekiranya bau ayam terlebih pada sup itu, tambah sedikit air masak

D)Sos Pedas

a)Cili Merah sebanyak yang diperlukan
b)Sedikit air rebusan ayam
c)1 biji tomato
d)1 keratan halia (sedang)
e)Garam + Gula secukup rasa
f)Sunquick Oren
g)Bawang putih
-Kisarkan cili merah, tomato, halia, bawang putih
-Masukkan gula dan garam serta Sunquick sehingga rasanya enak

E) Nasi Ayam Suami Istimewa
(rajah beras sedang dimasak)
a)Beras (sebanyak yang dimahukan)
b)2 helai daun pandan
c)3 sudu marjerin
d)Air rebusan ayam
e)Bunga lawang, pelaga, cengkih, kayu manis, ketumbar
f)Stok ayam Maggie
g)Garam
e)Secubit serbuk kunyit debu
-Tumiskan Bunga lawang, pelagam cengkih, kayu manis, ketumbar, daun pandan
-Tunggu sehingga naik bau
-Masukkan air rebusan ayam
-Masukkan garam dan stok ayam Maggie secukup rasa
-Masukkan secubit kunyit debu untuk pewarna nasi
-Masukkan beras
-Tunggu beras sehingga masak

Tuan-tuan dan puan-puan, resepi sudah siap untuk dihidangkan.. jangan lupa salad dan timun untuk menyedapkan lagi rasa Nasi Ayam Suami Istimewa..


Semoga bertemu di lain episod Generated Image

0 ulasan: