Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

06/12/2008 16:45


KUALA LUMPUR: Penduduk berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini hari ini, menghantar isyarat kecemasan agar mereka turut diselamatkan.

“Apa pula halnya dengan kami. Apa yang perlu kami buat. Kami tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi. Kami terputus hubungan,” kata mereka.

Mereka adalah antara ribuan penduduk yang terperangkap apabila jalan utama ke kawasan perumahan mereka terputus akibat kejadian tanah runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi itu, yang menimbus 14 banglo di kawasan berhampiran mereka iaitu di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

Penghuni Kondominium Oakleaf Park, Kol. Nazim Mohd Lazim, berkata beliau dan jirannya serta penduduk sekitar tempat kejadian merasa buntu kerana tiada arahan khusus kepada mereka daripada pihak berkuasa, untuk sama ada meminta mereka berpindah daripada kawasan itu.

“Kawasan perumahan sekitar telah terputus bekalan elektrik dan air sejak awal pagi tadi. Makanan juga tidak mencukupi dan saya sendiri tertanya-tanya, perlukah kami berpindah ke tempat pemindahan sementara kerana tiada arahan daripada pihak berkuasa.

“Dikhuatiri mereka tidak sedar kami terperangkap di sini,” katanya.

Kol. Nazim terpaksa menghubungi Bernama bagi memaklumkan keadaan beliau dan kebanyakan penduduk yang masih lagi terperangkap kerana khuatir bantuan tidak sampai kepada mereka.

“Saya khuatir usaha menyelamat serta memindahkan penduduk akan mengalami sedikit kesukaran memandangkan hujan sudah mulai turun sejak jam 1.15 petang tadi dan keadaan ini telah menyebabkan air di kawasan runtuhan naik secara mendadak,” katanya.

Seorang suri rumah dari kawasan perumahan Bukit Jaya yang turut menghubungi Bernama berkata beliau bimbang sekiranya keadaan penduduk yang terperangkap tidak disedari pihak berkuasa.

Surirumah berusia 56 tahun yang enggan memberikan namanya berkata masih ramai penduduk di kawasan perumahannya terperangkap.

Tambah membimbangkan beliau ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan pihak luar memandangkan bekalan elektrik ke rumah mereka terputus manakala bateri telefon bimbit semakin lemah.

“Kebanyakan penduduk juga tidak menyimpan bekalan makanan yang mencukupi kerana akan bercuti dan ada yang akan pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha, Isnin ini.

“Jika bantuan tidak sampai kepada kami segera sama ada untuk memindahkan kami atau sebaliknya, saya risau kami akan terus terperangkap di sini. Kami juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana terputus hubungan dengan jalan utama,” katanya.

Penerbit tugasan Radio 24 Bernama, Rahayu Nordin, yang menetap di kondominium Sinaran Ukay berkata sehingga kini keadaan agak kelam-kabut kerana tiada arahan khusus daripada pihak berkuasa.

“Kami (penduduk) di tiga lagi kondominum berdekatan iaitu Kyoto Garden, Oakleaf Park dan Impian Selatan difahamkan jalan alternatif pertama telah ditutup berikutan hujan lebat yang turun sejak tengah hari tadi telah menyebabkan air membanjiri jalan itu,” katanya.

Rahayu berkata jalan alternatif kedua sudah dibuka menghubungkan Taman Bukit Mewah ke pangsapuri Athinium (jalan keluar) tetapi agak berisiko kerana terpaksa melalui kawasan hutan dan penduduk terpaksa menanggung risiko sendiri.

Tujuh lagi mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan

06/12/2008 12:03pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. — Pasukan pencari dan penyelamat sedang berusaha gigih untuk mencari tujuh lagi mangsa yang masih terperangkap dalam rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini.

Setakat ini, tiga orang telah disahkan terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi yang membabitkan sebanyak 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.

Jumlah korban itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Mangsa korban itu melibatkan seorang ibu dan anaknya dan seorang lelaki lagi. Identiti mangsa masih belum dikenali.



Generated Image

0 ulasan: