Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove








Assalamualaikum,

Sedang saya berehat menonton televisyen, terpandang pula isu menarik iaitu kerajaan terengganu menerima royalti sejumlah RM408.6 juta. Jumlah yang banyak.. Royalti disampaikan oleh TPM bagi separuh kedua di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Yang terhutang sudah langsai.. Jadi harapan TPM semoga wang ini mampu membasmi kemiskinan yang ada di Terengganu.

Bila mendengar TPM berucap saya rasa agak lucu dengan gaya sastera beliau. Namun, itulah gaya TPM apabila berucap. Cadangan untuk mewujudkan Lembaga Pelaburan Terengganu dengan jumlah Dana 10 bilion juga telah dipersetujui jemaah menteri.
Ini adalah untuk menjamin kelangsungan pendapatan sekiranya petrol sudah habis. Dengar jemaah menteri sudah bersetuju dan akan dibincangkan lagi.

Alhamdulillah.. rakyat terengganu lepas ini bolehlah menumpang gembira dengan apa yang dikhabarkan ini. Semoga Menteri Besar Terengganu menggunakan wang dengan jumlah besar ini untuk pembangunan negeri dan basmi kemiskinan.

Gunakanlah dengan berhemah.. Syabas kerajaan pusat kerana menunaikan janji.
Generated Image

0 ulasan: