Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Sehari Sebelum Aidiladha



Pagi ini jam 10pagi saya dan isteri bergerak ke Giant Hypermart. Perjalanan menghala ke bandar amat lancar. Setiba di Giant, kami membeli belah barangan dapur dan juga perkakas elektrik.

Antara yang aku beli adalah Steam Iron, Chargeable Torchlight dan salah satu lagi adalah Cordless Driller & Driver.


(Ini adalah model sambilan rahsia yang saya upah..)

Dah selesai di Giant, kami menjengah pula ke Pasar Besar. Suasana tidak begitu sibuk maklumlah dah tengahari.. waktu tu pun dah jam 1.30 tengahari. Dah siap membeli belah barangan untuk memasak pada hari esok dan Hari Aidiladha. Bukan apa, saya dah mula ketagih memasak sejak lebih dari 3 tahun berhenti memasak secara mingguan.


(magic hands... my hands)
Lagipun sentuhan air tangan ini masih belum kecundang lagi..

Dah selesai membeli belah.. isteri kesayangan pula nak makan.. maka jamahlah kami makanan di tepi Pasar Besar. Sayangnya di kala hujan renyai-renyai saya terlupa nak mengambil foto makanan yang menarik selera saya iaitu Popia.. takpelah lain kali kita berkongsi lagi.




Perjalanan pulang agak sesak. Hendak keluar simpang pun menjadi satu masalah. Makin ramai orang kelihatan menuju ke bandar mungkin sebagai persiapan terakhir sebelum Aidiladha. Apa pun kami selamat sampai dan mula mengemas barang yang dibeli...


Tak sabar rasanya nak memulakan masakan esok... Kita jumpa lagi!


Generated Image

0 ulasan: