Sidang Pembaca Budiman

Blog ini tidak terhad kepada penyediaan resepi makanan. Tetapi blog ini menyelitkan cerita-cerita dan juga berita yang berlaku di sekeliling kita.

Sekiranya para pembaca merasakan blog ini boleh diterima, diharap dapat memberikan komen membina bagi setiap posting yang dilakukan sebagai sokongan dan dorongan untuk saya terus ber'blogging'..

Selamat membaca..
SmartMove

Nizar akan pertahankan jawatan?




Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.

Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

PM : Jangan Timbulkan HURU - HARA

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini supaya tidak menimbulkan suasana haru-hara ekoran kedudukan mereka yang goyah pada ketika ini.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu perlu bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin selain negeri berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Katanya, langkah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco kerajaan negeri pembangkang meletak jawatan dibuat mengikut lunas undang-undang yang jelas dan betul.

''Titah Sultan Perak ini mencerminkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Pembangkang perlu menerima undang- undang yang dititahkan demi kestabilan negeri ini.

''Sultan Azlan Shah merupakan sultan yang amat berhati-hati dalam memberikan sebarang interpretasi kerana cara baginda membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang jelas dan sah," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Tapak Projek Air Tanah Sime Darby di Ladang Cluny/Bedford dekat sini hari ini.

Abdullah mengulas titah baginda supaya Mohammad Nizar serta barisan Exco kerajaan negeri meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Abdullah berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggunakan strategi tertentu dalam usaha mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

''Mereka cuba ambil ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, tetapi beliau (Nasaruddin) sedar dan kembali ke pangkuan UMNO," katanya.

Sehubungan itu, Abdullah memberi jaminan, kerajaan yang akan ditubuhkan oleh BN di Perak akan mengikut undang-undang yang sah.

''Kerajaan BN akan memerintah negeri ini dengan penuh tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai bakal Menteri Besar Perak yang baru, Abdullah berkata, calon yang dipilih mestilah boleh memberikan khidmat kepada rakyat.

0 ulasan: